How I Can Help You

Name:
Gender Female
Male
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where Do You Live? KL, Selangor
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Perak, Penang, Kedah, Perlis
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Have you registered as a Herbalife Distributor in the past 2 years? Yes
No
Have you use Herbalife Products before? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose Weight
Gain Weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you

This form powered by Freedback

happiness is equal to bahagia so what's its password?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Semua orang nak  bahagia  Sebab   bahagia  tu ialah benda yang boleh memberi kita tidur yang lena walaupun atas tikar yang buruk. Kalau tak   bahagia, atas tilam empuk macam air pun tak boleh nak lelap. Padahal tidur ni dekat mata, pejam saja la, tak macam tu?

Haah, tak. Tak semudah tu.

Sebabnya, kebahagiaan tu datang dari hati. Nak tidur lena, hati kena   bahagia, jiwa kena tenang. Mutmainnah.

Bahagia tu ialah benda yang boleh buat kita senyum walaupun harta benda hilang, ketawa walaupun hati kena guris, steady walaupun gagal berkali-kali, berlapang dada walaupun apa yang diharapkan/diinginkan kita tak dapat. Mungkin dengar macam mustahil. Tapi hati yang di dalam dia adanya   bahagia,  benda-benda ni bukan mustahil. Malah benda-benda ni jadi tindakbalas semulajadi, tak perlu dipaksa-paksa pun.

Bukan ke indah tu, kalau kita mampu berbuat macam tu dalam hidup kita?





Baiklah. Kunci. Password atau passcode. Benda-benda ni diperlukan untuk kita tembus ke sebelah sana, tak kiralah apa pun destinasi nya yang di sebelah sana tu.

Dalam hal ni, kita semua nak pergi ke destinasi   bahagia. Kita semua nak mendapat hati yang   bahagia.  Sebab kita tahu, hati yang   bahagia   dan tenang boleh bantu kita untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan-dugaan hidup.

Sebab kita semua tahu, semua orang akan diuji. Setiap jiwa akan ditimpakan dengan musibah dan dugaan. Semua orang akan berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dalam hidup dia.


“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [ al-Baqarah, 2:155]



Jadi, mana nak dapat kunci atau password, atau passcode kepada   bahagia   tu?

Dekat sini lah iman bermain peranan. Imanlah kunci kepada  bahagia  yang kita semua mahukan tu.  Iman,  atau keyakinan. Confidence. Ala, macam orang putih selalu kata tu, “those who are confident success more, even with the least chance”.

Iman ni, kalau kita semak balik maksudnya ialah; yakin. Percaya tanpa ragu.

Jadi kenapa beriman  ialah kunci kepada  bahagia?  Sebab, dah tentulah orang yang beriman, yang yakin, dan yang tak meragui perancangan ALLAH tu, akan mampu senyum walaupun harta benda hilang. Sebab dia tahu, ALLAH ambil sesuatu dari dia sebab ALLAH nak gantikan dengan yang lebih baik untuk dia.

Dia mampu ketawa walaupun hati kena guris, steady walaupun gagal berkali-kali, sebab dia confident bila ALLAH janji yang takkan sekali-kali DIA uji seseorang tu dengan beban yang seseorang tu tak mampu pikul.


“..ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” (albaqarah: 286)

“..Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya..”

(al an’am: 152)



Dia, kalau dia  beriman,  dia mampu berlapang dada walaupun apa yang diharapkan/diinginkan tu dia tak dapat. Sebab dia yakin dan percaya betul-betul bila ALLAH kata tak semestinya benda yang dia suka tu baik untuk dia, boleh jadi, yang dia tak suka tu lebih baik untuk dia.



“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (albaqarah: 216)





Orang yang beriman , dia tak akan rasa kecewa. Walau datang lah ombak badai tsunami sekalipun, dia tak akan rasa kecewa. Ok mungkin lah dia rasa, tapi tak begitu terbawa-bawa lah dengan rasa tu. Dia cool je, steady dan relax je.

Orang yang beriman , dia tak ada gusar-gusar, risau-risau atau khuatir-khuatir ni. takut itu, takut ini, tak ada. Kalaulah aku begitu, kalaulah aku begini.., bukan ayat di mulut dia. Semuanya, dia serah pada ALLAH. Dia pegang kuat-kuat janji ALLAH, bahawa



“dan mohonlah pertolongan dengan jalan sabar dan solat. Sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang sabar..” (albaqarah: 153)



Orang beriman  tak mudah rasa down sebab menyesal. Bukan tak menyesal, menyesal dengan kesilapan tu perlu, itu kan element taubat. Tapi kesal yang ni adalah kesal yang menyalahkan takdir.. “eish..kenapalah aku kawan dengan kau, kalau tak mesti aku takkan ikut jadi jahat. Huh.”

Tak, orang beriman, orang yang yakin dan confident dengan perancangan ALLAH, dia takkan mudah bersikap macam ni. Sebab dia ingat Rasulullah kata,



Belum dikatakan beriman seseorang itu sehingga dia beriman kepada takdir (ketentuan ALLAH), baik mahupun buruk. (H.R. Muslim)




Sebaliknya orang ber iman, dia akan terus mencari-cari ibrah atau tarbiyyah di sebalik semua benda yang berlaku, samada baik atau buruk. Kalau ada kesilapan yang dia buat dan dia kesali, dia akan jadikan itu sebagai pengajaran dan guna untuk mantapkan lagi keyakinan dia.

Kalau dia sedih, bukan sebab dia gagal, tapi sebab dia mula mempersoal kenapa diri dia gagal – tanda  iman  dia tengah menurun. Dia sedih sebab ini.

Orang beriman,  dia yakin untuk berbuat apa-apa sebab dia tahu ALLAH ada dengan dia. Sepatutnya orang mukmin lah golongan manusia yang paling tinggi self-cofidence nya. Yang melangkah keluar rumah dengan rasa selamat sebab dia ada ALLAH.

Orang beriman,  ancaman musuh bukan kerisauan atau ketakutan dia. Apatah lagi ancaman-ancaman terhadap kegagalan. Sebab mukmin tu, yang dia takut bukan musuh, tapi azab ALLAH. Dan mukmin tu, kegagalan di dunia bukan apa-apa pun, melainkan sesuatu untuk tingkatkan diri dia lagi. Dia yakin, dia percaya, apa yang dia kena buat ialah usaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk ALLAH, itu saja.

Sebab tu lah orang yang dalam dada dia ada  iman,  keyakinan dan confidence, dia ada kunci kepada bahagia. Atau password kepada bahagia.







Tapi, ya, dia akan terus diuji. Walaupun dia semakin mantap imannya, ALLAH akan terus duga dia lagi. Walaupun dia dah hidup  bahagia  sebab dia tak pernah ragu dan risau dengan ketetapan ALLAH, ehh ALLAH tetap akan uji dia lagi..kan ALLAH kata,



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al ankabut: 2)



ALLAH akan tetap uji dia. Mukmin itu, ALLAH akan tetap menduga tahap keyakinan dia. Tapi orang yang beriman..dia mampu. Dia akan mampu harungi semua tu dengan tenang sebab dia yakin,



“dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang..” (ar ra’ad: 28)



Jadi, itulah. Kunci atau password kepada bahagia itu ialah iman. Iaitu yakin dan percaya dengan ALLAH, malaikatNYA, kitabNYA, rasulNYA, pembalasanNYA dan takdir ketentuanNYA. Yakin bukan sekadar yakin, tapi yakin sampai membuatkan dia tak risau, takut atau khuatir kepada apa-apa melainkan azab ALLAH saja.

Jadi yang lain-lain, semua boleh buat dia tidur lena walaupun atas tikar buruk.

Sebab tu lah ALLAH cakap,



“sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman..” (al mukminun: 1)




Jadi. Kita nak bahagia kan? Password iman dah ada?  Jom unlock!

when it is the time


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar,aku berusaha untuk terus berlapang dada. Kadang,terasa nusrah ILAHI begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci ALLAH yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpinku untuk melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang hamba. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi ALLAH ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku mampu melihat dengan sepasang mata pinjaman ALLAH, aku mampu mendengar dengan sepasang telinga pinjaman ALLAH dan juga mampu  bercakap dengan lidah yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba ALLAH yang sedang mengembara di bumi TUHAN, jalanku kelak juga sama. Negeri Barzakh, insyaALLAH. Destinasi aku juga sama seperti manusia lain, Negeri Abadi. Tidak ada keraguan tentang semua ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. Helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba ALLAH. Malam Pertama, sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah ALLAH juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan Ya ALLAH.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
“Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya ALLAH, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan ALLAH. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan ALLAH. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya ALLAH, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” sahabatku tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya ALLAH, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”
Rahsia ku adalah rahsia ALLAH, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Eh, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, enti diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
————————————–
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”
“Ya ALLAH, tenangnya…”
“Moga ALLAH memberkatinya….”
ALLAH, itu suara sahabat-sahabatku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada ALLAH. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada RABBI, dalam sembahnya pada ILAHI. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya TUHAN yang tahu.
“Ya ALLAH, telah ENGKAU tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan ENGKAU. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. ENGKAU satukan kami dalam majlis yang ENGKAU redhai, aku hambaMU yang tak punya apa-apa selain ENGKAU sebagai sandaran harapan. ENGKAU maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Dia bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya ada beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“ALLAHUAKBAR…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya ALLAH, patut la dia selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari sahabatnya yang diberikan oleh ibu.
“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca atau tak)

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. 
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Wallahu'alam.

simpanlah untuk yang halal

tak tahu nak pujuk macam mana pada mereka yang kecewa hati kerana cinta.
mungkin perlu membuka cerita.
kisah seorang manusia yang bernama NUR AMINA

suatu masa dulu.
NUR AMINA pernah rasa tersiksa.
sebabnya?
dia terjatuh suka pada seseorang.
adalah dalam 8 tahun.
rambut tu kalau botak.
siap boleh tumbuh panjang sampai bahu.
punyalah lama dia pendam perasaan.

tapi, sekarang.

NUR AMINA tak tahu ke mana perasaan itu hilang?
betul ke ni?
dia sendiri macam tak percaya.
gosok-gosok mata.
ucap syabas pada diri.
cakap kuat-kuat yang dia sudah berjaya.
pacak tiang bendera.
sambil berdiri buat isyarat bagus.

NUR AMINA tak rasa cemburu atau marah.
NUR AMINA tak rasa sedih atau gelisah.

langsung.
sedikit pun tiada.
bila melihat orang yang pernah dia suka tu kini dengan orang lain.
dia siap boleh tadah tangan.
tolong doakan kebahagiaan mereka.
padahal dulu.
NUR AMINA bukan main cemburu macam hantu.

NUR AMINA bersyukur.
hati rasa lapang.
jiwa rasa lega.
indahnya perasaan.

dia buka pula Tumblr.
jumpa ayat macam ni.

the moment we understand that ALLAH's decision is always in our best interest,
everything will start to make sense

eh, sukanya!
macam tahu-tahu perasaan kita.

selak pula diari NUR AMINA.
dia tulis.

saya rasa seperti ALLAH telah menyelamatkan saya. walaupun pada awalnya saya rasakan cara-NYA zalim. ampunkan saya Ya ALLAH. dulu saya tak tahu.cara cakap macam orang tak beriman. nak tunjuk sangat macam mana sedihnya kena tinggalkan. hati tersiat-siat macam kertas basah yang dilumatkan.

selalu tertanya-tanya. apa salah saya? apa kurangnya saya? kenapa ALLAH ambil dia tanpa izin hati saya?

oke, itu dulu.
tutup diari NUR AMINA.
dia mahu sambung cerita tentang sekarang.

lenyap.
perasaan bertahun tu lenyap.
mungkin hasil doa dan solat hajat.
atau mungkin berkat doa daripada teman-teman yang mengaminkan.
ibu NUR AMINA pun sendiri kata tak suka.
jangan berharap pada yang tiada.
jadi perempuan biar tahu ertinya malu.
jangan jadi murah kerana cinta.
tak apa jual mahal.
hanya yang betul-betul berminat mampu beli.
INSYAALLAH...laku, laku.

bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya.
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.
bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.
bila kamu telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.
bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.
hidup ini indah jika bersama ALLAH

berkali-kali NUR AMINA istikharah.
kalau benarlah lelaki itu bukan miliknya.
dia minta ALLAH buang perasaan ni jauh-jauh.
dia tak nak suka lelaki tu lagi.
dia tak nak bazirkan masa lagi.
dia nak sucikan hati.
kemudian, dia minta ALLAH.
minta sungguh-sungguh.
jadikan hati dia hati yang redha.

ALHAMDULILLAH
hari berganti hari.
bulan berganti tahun.
NUR AMINA dapat rasakan doanya sudah terjawab.

seriously, she has no feeling for him anymore.

perasaan 8 tahun luput sebegitu macam pisang goreng panas yang dikunyah.
ditelan.
kemudian habis.
dan pinggan pun kosong.

kalaupun tertinggal.
perasaan kasihan sesama saudara seagama.

>


ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH

NUR AMINA senyum macam gula. itu tandanya dia berlapang dada.

beberapa tahun daripada sekarang.

kalau suami NUR AMINA bertanya.
pernahkah hatinya mencintai seseorang selain dia?
NUR AMINA harap.
NUR AMINA mampu berterus-terang.
NUR AMINA harap.
dia faham.
setulus hati NUR AMINA menyatakan.

ya, yang namanya NUR AMINA itu pernah mencintai.

maafkan dia yang terlewat menyimpan perasaan untuk yang halal.
maafkan dia yang pernah tersasar pada masa lampau.
maafkan dia kerana tidak sempurna menjaga hati.

atau

mungkin, perlu tambah ayat ini untuk mengambil hati suaminya kembali.

'tapi, itu dululah. zaman tok gajah. masa tu pun, NUR tak nikah dengan abang lagi. masa tu NUR tak matang. cinta monyet zaman sekolah.

but now, you should know. INSYAALLAH. I have reserved my heart for ALLAH, Rasulullah and for you. may I?'


setiap manusia ada kisah lalu. mereka belajar daripada kesilapan. mereka belajar melalui pengalaman.

dan apabila anak cucu NUR AMINA bertanya pada datuk mereka

how you met our grand mother?

suami NUR AMINA jawab dengan lembut sambil tersenyum.

'atuk dan nenek tak bercinta. kami elak dating. kami elak SMS. kami saling memendam perasaan. kami cuma berdoa, ALLAH balas prinsip hidup kami untuk tidak couple sebelum nikah dengan pasangan hidup yang soleh dan solehah serta keturunan yang mengamalkan ajaran ALLAH. kami mahukan pasangan yang sudi bercinta sampai ke Syurga. kami takut jika di dunia kami saling berkasihan tetapi di Padang Mashar kami saling menyalahkan. dan takdir ALLAH, kami disatukan.'


>

setakat ini NUR AMINA berkongsi. pesannya untuk perempuan di luar sana. mintalah petunjuk hati. kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati berasa tenang dan tenteram terhadapnya, dan dosa itu adalah suatu perkara yang tergetar dalam diri seseorang dan dia rasa teragak-agak di hati, sekalipun ada orang memberikan fatwa kepadanya dan mereka memberikan fatwa kepadanya.

jangan biarkan hati itu mati. belajarlah menyimpan.
simpan untuk yang halal.

p/s: sedar tak sedar. sudah fasa ke-2  Ramadhan. tak sabar nak habiskan semangkuk ABC yang ALLAH beri. harap-harap dapat manfaatnya di saat malam malam terakhir ramadhan dan juga dapat bertemu si lailatulqadar.AMEEN.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.