Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Semua orang nak bahagia Sebab bahagia tu ialah benda yang boleh memberi kita tidur yang lena walaupun atas tikar yang buruk. Kalau tak bahagia, atas tilam empuk macam air pun tak boleh nak lelap. Padahal tidur ni dekat mata, pejam saja la, tak macam tu?
Haah, tak. Tak semudah tu.
Sebabnya, kebahagiaan tu datang dari hati. Nak tidur lena, hati kena bahagia, jiwa kena tenang. Mutmainnah.
Bahagia tu ialah benda yang boleh buat kita senyum walaupun harta benda hilang, ketawa walaupun hati kena guris, steady walaupun gagal berkali-kali, berlapang dada walaupun apa yang diharapkan/diinginkan kita tak dapat. Mungkin dengar macam mustahil. Tapi hati yang di dalam dia adanya bahagia, benda-benda ni bukan mustahil. Malah benda-benda ni jadi tindakbalas semulajadi, tak perlu dipaksa-paksa pun.
Bukan ke indah tu, kalau kita mampu berbuat macam tu dalam hidup kita?
Baiklah. Kunci. Password atau passcode. Benda-benda ni diperlukan untuk kita tembus ke sebelah sana, tak kiralah apa pun destinasi nya yang di sebelah sana tu.
Dalam hal ni, kita semua nak pergi ke destinasi bahagia. Kita semua nak mendapat hati yang bahagia. Sebab kita tahu, hati yang bahagia dan tenang boleh bantu kita untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan-dugaan hidup.
Sebab kita semua tahu, semua orang akan diuji. Setiap jiwa akan ditimpakan dengan musibah dan dugaan. Semua orang akan berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar dalam hidup dia.
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [ al-Baqarah, 2:155]
Jadi, mana nak dapat kunci atau password, atau passcode kepada bahagia tu?
Dekat sini lah iman bermain peranan. Imanlah kunci kepada bahagia yang kita semua mahukan tu. Iman, atau keyakinan. Confidence. Ala, macam orang putih selalu kata tu, “those who are confident success more, even with the least chance”.
Iman ni, kalau kita semak balik maksudnya ialah; yakin. Percaya tanpa ragu.
Jadi kenapa beriman ialah kunci kepada bahagia? Sebab, dah tentulah orang yang beriman, yang yakin, dan yang tak meragui perancangan ALLAH tu, akan mampu senyum walaupun harta benda hilang. Sebab dia tahu, ALLAH ambil sesuatu dari dia sebab ALLAH nak gantikan dengan yang lebih baik untuk dia.
Dia mampu ketawa walaupun hati kena guris, steady walaupun gagal berkali-kali, sebab dia confident bila ALLAH janji yang takkan sekali-kali DIA uji seseorang tu dengan beban yang seseorang tu tak mampu pikul.
“..ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” (albaqarah: 286)
“..Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya..”
(al an’am: 152)
Dia, kalau dia beriman, dia mampu berlapang dada walaupun apa yang diharapkan/diinginkan tu dia tak dapat. Sebab dia yakin dan percaya betul-betul bila ALLAH kata tak semestinya benda yang dia suka tu baik untuk dia, boleh jadi, yang dia tak suka tu lebih baik untuk dia.
“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (albaqarah: 216)
Orang yang beriman , dia tak akan rasa kecewa. Walau datang lah ombak badai tsunami sekalipun, dia tak akan rasa kecewa. Ok mungkin lah dia rasa, tapi tak begitu terbawa-bawa lah dengan rasa tu. Dia cool je, steady dan relax je.
Orang yang beriman , dia tak ada gusar-gusar, risau-risau atau khuatir-khuatir ni. takut itu, takut ini, tak ada. Kalaulah aku begitu, kalaulah aku begini.., bukan ayat di mulut dia. Semuanya, dia serah pada ALLAH. Dia pegang kuat-kuat janji ALLAH, bahawa
“dan mohonlah pertolongan dengan jalan sabar dan solat. Sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang sabar..” (albaqarah: 153)
Orang beriman tak mudah rasa down sebab menyesal. Bukan tak menyesal, menyesal dengan kesilapan tu perlu, itu kan element taubat. Tapi kesal yang ni adalah kesal yang menyalahkan takdir.. “eish..kenapalah aku kawan dengan kau, kalau tak mesti aku takkan ikut jadi jahat. Huh.”
Tak, orang beriman, orang yang yakin dan confident dengan perancangan ALLAH, dia takkan mudah bersikap macam ni. Sebab dia ingat Rasulullah kata,
Belum dikatakan beriman seseorang itu sehingga dia beriman kepada takdir (ketentuan ALLAH), baik mahupun buruk. (H.R. Muslim)
Sebaliknya orang ber iman, dia akan terus mencari-cari ibrah atau tarbiyyah di sebalik semua benda yang berlaku, samada baik atau buruk. Kalau ada kesilapan yang dia buat dan dia kesali, dia akan jadikan itu sebagai pengajaran dan guna untuk mantapkan lagi keyakinan dia.
Kalau dia sedih, bukan sebab dia gagal, tapi sebab dia mula mempersoal kenapa diri dia gagal – tanda iman dia tengah menurun. Dia sedih sebab ini.
Orang beriman, dia yakin untuk berbuat apa-apa sebab dia tahu ALLAH ada dengan dia. Sepatutnya orang mukmin lah golongan manusia yang paling tinggi self-cofidence nya. Yang melangkah keluar rumah dengan rasa selamat sebab dia ada ALLAH.
Orang beriman, ancaman musuh bukan kerisauan atau ketakutan dia. Apatah lagi ancaman-ancaman terhadap kegagalan. Sebab mukmin tu, yang dia takut bukan musuh, tapi azab ALLAH. Dan mukmin tu, kegagalan di dunia bukan apa-apa pun, melainkan sesuatu untuk tingkatkan diri dia lagi. Dia yakin, dia percaya, apa yang dia kena buat ialah usaha dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk ALLAH, itu saja.
Sebab tu lah orang yang dalam dada dia ada iman, keyakinan dan confidence, dia ada kunci kepada bahagia. Atau password kepada bahagia.
Tapi, ya, dia akan terus diuji. Walaupun dia semakin mantap imannya, ALLAH akan terus duga dia lagi. Walaupun dia dah hidup bahagia sebab dia tak pernah ragu dan risau dengan ketetapan ALLAH, ehh ALLAH tetap akan uji dia lagi..kan ALLAH kata,
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al ankabut: 2)
ALLAH akan tetap uji dia. Mukmin itu, ALLAH akan tetap menduga tahap keyakinan dia. Tapi orang yang beriman..dia mampu. Dia akan mampu harungi semua tu dengan tenang sebab dia yakin,
“dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang..” (ar ra’ad: 28)
Jadi, itulah. Kunci atau password kepada bahagia itu ialah iman. Iaitu yakin dan percaya dengan ALLAH, malaikatNYA, kitabNYA, rasulNYA, pembalasanNYA dan takdir ketentuanNYA. Yakin bukan sekadar yakin, tapi yakin sampai membuatkan dia tak risau, takut atau khuatir kepada apa-apa melainkan azab ALLAH saja.
Jadi yang lain-lain, semua boleh buat dia tidur lena walaupun atas tikar buruk.
Sebab tu lah ALLAH cakap,
“sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman..” (al mukminun: 1)
Jadi. Kita nak bahagia kan? Password iman dah ada? Jom unlock!
salam...sakinah di mana sekarang...cikgu maimunah tengah risau....
ReplyDelete